BlogList Malaysia

05 April 2011

Orang ramai boleh TANGKAP mereka bertiga ini.


Peguam terkenal, Karpal Singh berkata, orang ramai mempunyai hak untuk menangkap ‘Trio Dato T’ yang menyebarkan rakaman video seks palsu di internet sekiranya pihak berwajib iaitu pihak polis gagal mengambil sebarang tindakan.

Katanya, rakyat boleh berbuat demikian berdasarkan peruntukan undang-undang (common law), yang dikenali sebagai ‘citizen arrest’ untuk membawa penjenayah terbabit kepada pihak polis.

“Setiap warganegara boleh menahan Trio Dato T, bila-bila masa dan heret mereka ke balai, ” kata Karpal yang juga Pengerusi Dap, ketika sidang media yang diadakan di kediaman Dato Seri Anwar Ibrahim pagi tadi.


Katanya, sehingga kini tidak ada sebarang tindakan dilakukan Ketua Polis Negara dan Perdana menteri untuk menahan individu berkenaan yang telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 5 (1) Akta Penapisan Filem 1992 dan Seksyen 292 kanun keseksaan.

“Semua kesalahan ini dilakukan kepada awam dan tidak ada apa yang dilakukan untuk menahan mereka bertiga,” ujarnya.

Read more: http://kafesantai.blogspot.com/2011/04/anda-berani-tangkap-trio-dato-t.html#ixzz1IeAb5Pgs

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas