BlogList Malaysia

11 March 2011

Kelantan Sedia Dialog Dan Jelas Isu Loteri

Kerajaan Negeri sedia berdialog dengan mana-mana pihak termasuk parti politik bagi menjelaskan kedudukan sebenar penguatkuasaan larangan menjual tiket loteri di Kelantan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, walaupun dialog mengenai dasar kerajaan sudah pun dibuat pada tahun 1990 yang turut disertai golongan bukan Islam, Kerajaan Negeri tetap bersedia untuk menjelaskannya sekali lagi bagi mengelak kekeliruan.

Menurutnya, isu tersebut tidak wajar dipolitikkan mana-mana pihak kerana penguatkuasaannya mengikut Undang-undang Kecil Trade Perniagaan dan Perindustrian MPKB 1989 di bawah Seksyen 102 Akta Kerajaan Tempatan.


“Undang-undang yang diluluskan pada 7 Disember 1989 itu memberi kuasa kepada Majlis Perbandaran Kota Bharu (MPKB) mengawal, menyelia dan mendaftar semua jenis perniagaan yang dibenarkan.

“Ini bermakna tindakan sebaliknya boleh dikenakan terhadap perniagaan yang tidak dibenarkan dan lesen untuk penjualan tiket loteri atau tiket lain yang berteraskan judi tidak dikeluarkan,” katanya selepas mesyuarat Exco, di sini, semalam.

Katanya, MPKB menyerbu tiga premis di Kota Bharu 26 Februari lalu berikutan aduan daripada orang ramai mengenai aktiviti penjualan tiket loteri dan pendedahan yang dibuat blogger mengenainya.

Takiyuddin berkata, penguatkuasaan dilakukan selepas mendapat waran yang dikeluarkan Mahkamah Seksyen Kota Bharu dua hari sebelum itu yang membolehkan premis berkenaan digeladah selain mempunyai kuasa menyita, menahan dan merampas,” katanya.

Ketika diminta mengulas bantahan Ketua Dewan Himpunan Penyokong Pas, Hu Pang Chaw kelmarin, beliau berkata, itu pandangan peribadi yang menampakkan tokoh itu tidak memahami keadaan sebenar.

“Dia (Pang Chaw) mengenali saya dan Menteri Besar, datanglah berjumpa supaya kami boleh menjelaskan perkara sebenar, saya pun tidak tahu mengapa dia asyik ‘menyerang’ MPKB.

“Umum mengetahui bukan hanya Islam melarang judi, agama lain juga melarang seperti Kristian yang mengatakan ianya sebagai ‘something for nothing’ dan Buddha yang mengatakannya sebagai amalan jahat yang boleh mencetuskan krisis moral serius,” katanya. - SinarHarian

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas