BlogList Malaysia

24 March 2011

Johari : Rahim Thamby Chik Tutup Fitnah Video Dengan Fitnah Rasuah

Muslihat Tan Sri Rahim Thamby Chik dan gandingan dua individu yang dikenali sebagai Datuk T untuk menfitnah Datuk Seri Anwar Ibrahim terbukti apabila beliau enggan membenarkan lima ahli Parlimen PKR menonton video lucah itu Isnin lalu.

Ahli Parlimen Sungei Petani Johari Abdul mendedahkan Rahim membatalkan hasrat itu setelah lima wakil itu – Azan Ismail, Amran Ghani, Abdullah Sani, Kamarul Bahrin dan Rashid Din dikenalpasti untuk menilai kesahihan video berkenaan.

Johari berkata dakwaan Rahim bahawa beliau menuntut wang pelincir RM100,000 dan RM1 juta untuk membawa keluar ahli parlimen PKR tidak masuk akal kerana jumlah itu terlalu kecil, jika benar beliau mahukan sogokan.


Johari adalah Ahli Parlimen PKR pertama yang menonton video 21 minit itu Isnin lalu.

Beliau dibawa ke Hotel Flamingo di Ampang dan diperkenalkan kepada Rahim, dan ahli perniagaan Shazryl Eskay yang cuba meyakinkannya untuk berpaling tadah dan membawa bersama wakil rakyat PKR yang lain.

Eskay juga adalah bekas Konsul Kehormat Malaysia di Thailand.

Johari di bawa ke hotel itu oleh Shuaib Lazim, bendahari Perkasa dan bapa mertua kepada Naib Presiden Umno Shafie Apdal.

Johari berkata beliau yakin seratus peratus orang dalam video itu bukan Anwar, walaupun sekali imbas, ada miripnya.

Namun Johari berpura-pura bersetuju dengan Rahim dan Eskay yang bertegas pelaku itu dalam rakaman itu adalah Ketua Pembangkang.

Johari turut mempersoalkan kenapa Rahim mahupun Eskay tidak menangani persoalan yang ditanya oleh wartawan dan mereka yang menyaksikan video berkenaan - kenapa susuk badan, khususnya bahagian perut, pelaku dalam video itu tidak menyerupai Anwar.

“Soalan ini tidak dijawab oleh Eskay walaupun dibangkitkan sendiri dalam akhbar Utusan Malaysia milik Umno,” kata Johari.

Johari juga berkata beberapa kenyataan Eskay semalam tidak masuk akal.

Contohnya beliau menyifatkan dirinya sebagai seorang yang rapat dengan Anwar tetapi menghubungi musuh ketat Anwar iaitu Rahim Thamby Chik untuk membongkar video berkenaan.

“Beliau juga mendakwa diminta untuk kembali ke hotel itu mendapatkan jam Anwar yang tertinggal di bilik berkenaan. Namun dakwaannya bahawa beliau memecah laci untuk kononnya untuk mencari jam itu tidak lojik,’ tambah beliau.

Johari berkata “pendedahan” Eskay kononnya beliau membawa Anwar ke sarang-sarang pelacuran di Thailand juga sukar diterima kerana pada masa sama ahli perniagaan itu mendakwa berkata beliau mengutamakan soal moral dan prinsip. - TVS

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas