BlogList Malaysia

25 March 2011

Bekas SB Nasihat Polis Bertegas Dengan Ahli Politik

KUALA LUMPUR 25 MAC : Bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas (Special Branch), Datuk Seri Yuen Yuet Leng menggesa pihak berkuasa supaya bertegas dengan semua ahli politik tanpa perlu bersikap diskriminasi.

Menurut Yuen, polis tidak boleh dikawal oleh mana-mana parti politik kerana amanah yang dipertanggungjawabkan kepada pihak berkuasa itu meliputi segenap lapisan masyarakat, maka ia perlu dilaksanakan dengan adil dan telus.

"Kita tidak boleh dikawal oleh parti politik tetapi mesti menyokong parti politik yang memerintah selagi mereka bertindak dalam ruang lingkup Perlembagaan Persekutuan," kata Yuen.


Yuen berkata, secara teknikalnya, polis boleh menolak untuk bertindak atas kehendak parti politik yang memerintah.

"Kita boleh menangkap Perdana Menteri, tetapi ini memerlukan keberanian yang luar biasa untuk melakukannya," kata Yuen kepada akhbar The Sun selepas majlis pelancaran rancangan mini siri yang menceritakan kisah hidup beliau dalam "Suatu Ketika...Darah Di Bumi".

Yuen merupakan bekas Ketua Polis Perak dan Pesuruhjaya Polis Sarawak yang menyertai pasukan polis walaupun tidak mempunyai lagi sijil kewarganegaraan ketika itu.

Dalam laporan itu juga, Yuen mengaku bahawa imej polis kini jatuh ke paras paling bawah sejak beberapa tahun lalu berikutan pelbagai persepsi negatif yang terpalit pada pihak berkuasa itu.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas