BlogList Malaysia

20 March 2011

Bayar RM150,000 Untuk Gelaran Datuk Kelantan palsu

Sultan Kelantan, Sultan Muhammed V sangat memandang berat dan melahirkan rasa dukacita dengan tindakan pihak tertentu di negeri ini yang mengurniakan darjah kebesaran kepada individu dengan sewenangnya.

Menyatakan demikian, Penasihat Undang-Undang Istana Kelantan, Datuk Sukri Mohamed berkata baginda melahirkan perkara itu kerana terdapat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang “mengurniakan” darjah kebesaran dan anugerah “datuk” kononnya daripada Kesultanan Kelantan dengan bayaran RM150,000 sedangkan anugerah itu adalah palsu.

Sukri berkata pertubuhan itu yang dibatalkan pendaftarannya oleh Pendaftar Pertubuhan pada 10 Januari lepas memberikan “darjah kebesaran Kelantan” kepada 120 orang dari dalam dan luar Kelantan mulai tahun lepas.


“Untuk mendapatkan gelaran “datuk” ada penerima sanggup membayar sehingga RM150,000. Terbaru, pertubuhan itu telah mengadakan majlis penganugerahan di sebuah hotel di sini pada minggu lepas,” katanya kepada pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata susulan daripada itu, pihak Istana Kelantan telah membuat tiga laporan polis — satu di balai polis Pasir Mas dan dua di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Negeri Jumaat lepas.

Laporan turut dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Pendaftar Pertubuhan.

Sukri berkata mengikut Perkara 43 (1) Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan, hanya Sultan Kelantan boleh mengurniakan gelaran dan kebesaran serta mengadakan pangkat kemuliaan, pingat kebesaran dan kehormatan.

Dalam sidang akhbar yang sama, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kelantan ACP Lai Yong Heng berkata pihaknya telah mengambil keterangan daripada mereka yang terlibat di dalam majlis penganugerah darjah oleh pertubuhan berkenaan.

“Ia masih dalam siasatan mengikut Seksyen 121 Kanun Keseksaan, namun tiada sebarang tangkapan dibuat,” katanya. — Bernama

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas