Johari Abdul didakwa minta RM1j untuk setiap 7 MP
Tuduh menuduh ekoran penayangan video seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, berpanjangan apabila pemimpin PKR pula didakwa mahukan RM100,000 sebagai "pelincir" untuk membawa lebih ramai ahli parlimen Pakatan Rakyat menonton video itu.
Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah yang sebelum ini dianggap sebagai Datuk T mendakwa, ahli parlimen PKR, Datuk Johari Abdul membuat permintaan itu selepas menonton video kontroversi tersebut.
Beliau juga mendakwa Johari meminta RM1 juta untuk setiap tujuh anggota parlimen yang akan dibawanya untuk menonton video itu.
Krisis Pas di Perlis berterusan di dalam Pas
16 minutes ago

0 Komen :
Post a Comment