Datuk Seri Anwar Ibrahim yang buat pertama kalinya turun ke DUN Merlimau sejak kempen pilihan raya kecil bermula Sabtu lalu menegaskan beliau tidak pernah bermusuhan dengan Umno, lapor TV Selangor. Musuh peribadi Harakahdaily pula melaporkan Anwar juga membuat kejutan dengan mendedahkan salinan dokumen perjanjian antara Apco Worldwide dan rejim Israel yang didakwa ditandatangani pada 1991 yang merupakan bukti pertalian erat kedua-dua pihak. RM88 bilion dibawa keluar negara Antara pegawai kanan Apco ialah bekas Duta Israel ke Jerman, Shimon Stein yang berkhidmat dalam kerajaan Israel dan berperanan penting dalam pentadbiran dua bekas Presiden Amerika, Bill Clinton dan Jimmy Carter, selain menjadi bekas ahli lembaga pengarah Yayasan Jerusalem. Anwar juga pada ceramah berkenaan turut membawa salinan dokumen laporan Global Financial Integrity (GFI) yang menunjukkan aliran keluar wang haram dari Malaysia sebanyak RM888 bilion (AS$291 bilion) dalam tempoh sembilan tahun sejak 2000. Bangkit buat perubahaan
Sebaliknya, ketua pembangkang itu berkata beliau memusuhi pemimpin-pemimpin parti Melayu terbesar itu yang zalim kepada rakyat dan mengamalkan rasuah,.
"Saya diberitahu Merlimau ini adalah kubu kuat Umno, saya dah tahu... saya tak masuk untuk bermusuh dengan orang, saya ambil keputusan untuk bersama (dalam politik) untuk menegakkan keadilan dan menentang kezaliman.
"Saya tak bermusuh dengan Umno, saya bermusuh dengan pemimpin yang zalim, yang tak selesaikan masalah rakyat dan mengamalkan rasuah," katanya ketika berceramah di Permatang Serai di Merlimau, Melaka, malam semalam.
Ini ceramah pertama Anwar sempena kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau yang menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, yang juga adalah ahli jawatankuasa Umno Jasin dengan calon PAS Yuhaizat Abdullah, timbalan ketua pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.
Dalam ucapannya, Anwar menegaskan beliau tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dengan sesiapa termasuk dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam.
"Bukan saya yang serang peribadi Najib dan (Mohd) Ali Rustam, saya tiada musuh peribadi," kata Anwar yang juga adalah ahli parlimen Permatang Pauh.
Usaha Anwar itu dilihat sebagai meraih sokongan masyarakat Merlimau yang dikatakan sebagai kubu kubu kuat Umno-BN itu.
Jumlah hadirin yang pada mulanya hanya kira-kira 500 orang meningkat kepada lebih 1000 ketika Anwar mendendangkan lagu Saloma 'Tiru Macam Saya'.
Lagu itu ditujukan khas kepada 'seseorang' yang pada kempennya dilaporkan berkata:"Tengok muka saya puas-puas. Ada ke muka penipu? Tak ada kan?"
Beliau turut membaca satu perenggan daripada perjanjian itu.
"Tarikh dokumen ini bila? Tahun 1991. Apa berlaku pada 1999? Ehud Barrack (Perdana Menteri Israel) anjur kempen One Israel. Pada 2009 pula, (Datuk Seri) Najib (Razak) memperkenal Satu Malaysia.
"Pada 1999 juga, Ehud kemuka slogan 'People First', Najib pula 'Rakyat Didahulukan'. Kemudian, Ehud buat klinik untuk rakyat Israel. Najib buat apa? Klinik Satu Malaysia.
"Ke-be-tu-lan," sindir Anwar dengan disambut sorakan ribuan hadirin.
Kerajaan Malaysia sebelum ini, walaupun menafikan slogan Satu Malaysia hasil ilham Apco, mengaku membayar RM70 juta kepada firma perunding antarabangsa yang didalangi pemimpin Israel-Zionis itu.
Pegawai kanan lain ialah Itamar Rabinovich, bekas duta Israel ke AS dan Ketua Perunding Israel dengan kerajaan Syria ketika Yitzak Rabin masih menguasai kerajaan Israel.
Beliau berkata, jumlah itu menyamai wang yang dilarikan dua diktator iaitu bekas Presiden Tunisa, Zainal Abidien Ben Ali mahupun bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak selepas diguling rakyat negara masing-masing.
Anwar juga kesal kerana Umno BN sehingga kini berdiam diri tanpa membuat sebarang siasatan, jauh sekali mengheret mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
"Jika Pakatan Rakyat memerintah negara, kita akan menjalankan siasatan terperinci. Ini memalukan negara di mata dunia," katanya.
Sementara itu, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Dr Siti Mariah Mahmud pula pada cermahnya menggesa supaya mengundi di DUN Merlimau agar bangkit untuk membuat perubahan terhadap sistem pentadbiran negara.
"Saya percaya kita boleh buat satu kejutan untuk mengubah landskap politik negara bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.
"Negara kini mempunyai masalah yang lebih besar di bawah pemerintahan Umno-BN, mereka tidak menyelesaikan semua masalah di peringkat akar umbi, sebaliknya hanya membuat tempelan yang akhirnya ia menjadi satu barah yang teruk," katanya.
Ahli parlimen Kota Raja itu menambah, semua masalah yang timbul itu tidak akan dapat diselesaikan oleh Umno-BN disebabkan terlalu banyak penyelewengan.
"Ini yang terjadi pada Umno-BN, mereka sudah tidak mampu untuk mengawal kegagalan mereka selepas 53 tahun memerintah.
"Saya tak nampak Umno-BN berusaha untuk selesaikan masalah di peringkat akar umbi tapi hanya membuat tempelan untuk jangka masa pendek, kemudian masalah sama berulang semula," katanya.
02 March 2011
Anwar tuju 'Tiru macam saya' kepada 'seseorang'
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment