BlogList Malaysia

28 March 2011

3 Kereta Polis Keliling Rumah Azmin Untuk Serah Notis.

Tiga buah kereta polis mengelilingi rumah Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, untuk menyerah satu notis yang meminta agar beliau melaporkan diri di balai polis untuk diambil keterangan pada 28 Mac.

Satu kenyataan dikeluarkan Biro Komunikasi PKR pada tengah malam tadi, memaklumkan media bahawa rumah kediaman Azmin Ali (gambar kanan) sedang dikelilingi polis. Bagaimanapun, berita ini dikesahkan kemudian bahawa tindakan polis tadi adalah untuk menyerah satu notis kepada Azmin Ali, agar beliau melaporkan diri di balai polis pada hari keesokan (28 Mac 2011).

Peguam yang mewakili Azmin, Latheefa Koya dihubungi isteri Azmin Ali, bahawa tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis IPD Ampang tiba di rumah kediamannya, untuk menyerah notis tersebut.


Ketika dihubungi merdekareview Latheefa Koya berkata, polis tidak menyatakan sebab mereka memanggil Azmin untuk diambil keterangan. Bagaimanapun, pihak mereka (PKR) menjangka ia mungkin berkaitan dengan Kempen Tolak kes Fitnah II, anjuran KEADILAN di perkarangan Pusat Khidmat Rakyat Ahli Parlimen Gombak, Taman Melawati pada 25 Mac 2011. Azmin Ali ialah ahli parlimen Gombak.

Pada malam 25 Mac, polis dan FRU cuba menghalang Ketua Umum PKR merangkap Ketua Pembangkang Parlimen, Anwar Ibrahim daripada meneruskan ceramah. Tiga anggota Angkatan Muda Keadilan ditangkap, malah Anwar dikhabarkan juga ditangkap. Bagaimanapun, Anwar dikesahkan telah meninggalkan tempat tersebut dalam kekecohan, tanpa ditangkap polis. Orang ramai yang menghadiri ceramah tersebut berasa marah, lantas membaling kerusi ke arah polis dan FRU.

Latheefa Koya (gambar kiri) turut mengecam polis kerana membesar-besarkan perkara yang remeh-temeh, malah mempertikaikan, "Apa perlunya untuk menghantar tiga buah kereta yang sarat dengan anggota polis, hanya untuk menyerah satu notis? Jelas, ini membesarkan perkara yang remeh-temeh. Polis seharusnya dihantar untuk membanteras jenayah!"

Selain itu, Latheefa Koya berkata, Azmin Ali selaku ADUN Bukit Antarabangsa perlu menghadiri sidang mesyuarat DUN Selangor pada Isnin (28 Mac), maka beliau tidak dapat meluangkan masanya untuk melapor diri di balai polis pada hari itu.

Merdeka Review

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas