SEREMBAN – Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan, Datuk Norhayati Omar berharap rajuk dan kekecewaan Ketua Wanita UMNO bahagian Jasin, Zaleha Bujang tidak berpanjangan.
Ini berikutan pemimpin wanita itu kecewa selepas tidak dipilih sebagai calon Pilihan Raya Kecil (PRK) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau.
Menurutnya, Zaleha tidak perlu mengikut emosi, sebaliknya perlu bersama-sama jentera parti dengan berusaha keras bagi memastikan Barisan Nasional (BN) menang dalam pilihan raya kali ini.
“Saya melihat kenyataan Zaleha sebelum ini agak emosi dan tidak wajar dikeluarkan daripada seorang pemimpin yang berpengaruh. Saya faham apa yang dimaksudkan tetapi dia perlu akur dengan keputusan pucuk pimpinan parti.
“Nasihat saya, ketepikan perasaan emosi itu sebaliknya kita bergerak dan berganding bahu bersama-sama jentera parti yang lain bagi memastikan DUN Merlimau ini terus dipimpin BN,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.
Norhayati berkata, perasaan penuh harapan agar diri dicalonkan mungkin menjadi faktor utama Zaleha melahirkan rasa kekecewaan.
“Kita harus berfikir secara rasional dan kolektif demi kepentingan parti kerana keputusan pucuk pimpinan adalah mengambil kira kepentingan parti dan semua pihak.
Lelaki alami masalah psikiatri maut terjun jambatan Klang
16 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment