BlogList Malaysia

19 January 2011

Umno Selangor Keluarkan Akhbar Haram

"Selangor Terkini" yang Guna Logo Kerajaan Negeri Secara Haram


Hari Isnin lalu, Kerajaan Negeri Selangor membuat laporan polis berhubung dengan penerbitan akhbar Selangor Terkini yang menggunakan logo kerajaan negeri tanpa kebenaran. Laporan berkenaan dibuat oleh seorang pegawai kanan kerajaan negeri yang mewakili Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam pukul 4.30 petang.

Menurut laporan MStar, laporan itu dibuat agar pihak polis menyiasat penyalahgunaan logo pada akhbar yang tidak diketahui penerbitnya itu. Sumber kerajaan negeri mendakwa kandungan akhbar itu adalah usaha untuk menghentam pentadbiran kerajaan negeri dan mencemarkan imej Selangor, malah mengelirukan orang ramai kerana akhbar rasmi kerajaan negeri ialah “Selangor Kini”.


Beberapa blog pro-UMCO membuat kewajaran penerbitan akhbar menggunakan logo kerajaan negeri secara haram itu dengan hujah bahawa logo itu bukan milik MB Khalid. Dangkalnya hujah. Walhal kerajaan negeri bertindak kerana pihak yang menerbitkan akhbar itu menggunakan logo kerajaan negeri yang secara haram, tanpa keizinan pihak yang memegang kuasa. Jika Noh Omar seperti yang tertera pada halaman hadapan Selangor Terkini itu adalah MB Selangor, maka sudah Khalid Ibrahim tidak sibuk-sibuk meminta pegawainya membuat laporan polis.

Laporan polis dibuat atas dakwaan akhbar itu menggunakan logo kerajaan negeri secara salah, bukan menghalang penerbitan akhbar itu. Jangan pusing dengan mengatakan bahawa kerajaan negeri menghalang penerbitan akhbar itu pula. - DCM

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas