Singapura jangan ambil luar konteks, Bernama hanya Anwar
Singapura hari ini berkata laporan terbaru yang didedahkan Wikileaks membabitkan pegawai kanan Kementerian Luar republik itu tidak harus diambil di luar konteks manakala agensi berita nasional, Bernama hanya mengambil laporan itu dalam konteks Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja.
"Setiap komunikasi tidak harus diambil di luar konteks," kata Menterinya George Yeo yang dipetik media tempatan republik itu, lapor Bernama.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kenyataan peribadi yang dibuat pegawai atasan kementeriannya berkenaan pemimpin di rantau ini yang didedahkan Wikileaks.
Bagi Bernama, laporan itu merujuk kepada pendedahan bahawa Datuk Seri Anwar telah diperangkap dan Anwar masuk ke dalam perangkap itu.
Namun, agensi berita itu tidak melaporkan pendedahan lain yang dibuat oleh Wikileaks dalam laporan mereka itu.
Antaranya, diplomat Singapura, Bilahari Kausikan dalam satu mesyuarat pada September 2008, memberitahu Timbalan Setiausaha Pertahanan AS David Sedney berkata: “Masalah utama Malaysia adalah tiadanya pemimpin yang berwibawa. Najib Razak perlu menang dalam pertarungan politik untuk mengelakkan didakwa”, secara jelas mengaitkan Perdana Menteri dengan skandal pembunuhan perempuan Mongolia Altantuya Sharibu.
Dia mengulangi pendapatnya bahawa “Najib Razak terancam disebabkan kes pembunuhan itu”.
Seorang lagi diplomat Singapura, Peter Ho dalam Mac 2008, mengutuk mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad kerana “membaling batu” kepada penggantinya, Tun Abdullah Badawi. Komennya terhadap Ketua Pemuda Umno, YB Khairy Jamaluddin adalah lebih kasar.
Menurutnya, “Khairy Jamaludin akan ditikam di dalam Umno kerana tiada orang yang sukakannya (Khairy) kerana Khairy naik dalam politik akibat pertalian keluarga”.
Seperti juga rakan sekerjanya, En Ho mengulangi tuduhan yang mengaitkan Perdana Menteri dengan pembunuhan Altantuya Sharibu.
Katanya, “Najib adalah seorang yang suka mengambil kesempatan. Walaupun setakat ini dia masih belum mengkritik Singapura, dia tidak teragak-agak sekiranya tindakan itu menguntungkannya. Masa depan politik Najib akan terus dihantui oleh skandal pembunuhan (Altantuya)”. - Hrkh
13 December 2010
Wikileaks - Bernama Tidak Telus Dalam Laporan
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment