BlogList Malaysia

22 December 2010

Afidavit sahkan APCO tak terlibat One Israel

APCO Worldwide hari ini berkata satu afidavit yang baru saja dikeluarkan membuktikan apa yang dikatakannya sebelum ini bahawa ia tidak terlibat dengan program "One Israel" adalah benar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz hari ini mendedahkan kepada umum satu afidavit daripada perunding politik yang terlibat dengan "One Israel" yang menyatakan bahawa dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap APCO adalah palsu.

"Sebarang kenyataan mendakwa APCO terlibat dengan 'One Israel' adalah palsu.

"Juga tidak benar ialah APCO terlibat dengan kewujudan 1Malaysia," kata APCO, firma perhubungan awam antarabangsa yang dilantik oleh kerajaan Malaysia, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ibu pejabatnya di Washington.


Syarikat itu berkata ia pertama kali mendapat tahu mengenai inisiatif 1Malaysia pada awal 2009, beberapa bulan selepas ianya diumumkan dalam satu ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

APCO juga berkata ia telah bekerjasama dengan jawatankuasa hak dan keistimewaan Dewan Rakyat dan telah memberikan maklumat yang lengkap dan benar bersama bukti berhubung dakwaan palsu terhadap syarikat itu.

--Bernama

2 Komen :

Anonymous ,  December 22, 2010 at 8:15 PM  

Percayalah kata Yahudi, kitab Taurat depa boleh seleweng, apa sangatlah takat afidavit. Depan Rasullah depa boleh mohong hidup-hidup, ini depan Parlimen Malaysia... bodoh punya UMNO, nak melindung bangkai dinosour yang busuk dan berulat di sebalik helaian kertas A4.

Anonymous ,  December 22, 2010 at 11:18 PM  

http://wanazizahblog.files.wordpress.com/2010/12/buku-jingga1.pdf

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas