BlogList Malaysia

03 November 2010

Dr. Asri Buat 'U Turn'

Asri: Nasihat saya untuk ‘dinosaur politik’ Umno bukan hanya Anwar

KUALA LUMPUR, 3 Nov — Bekas mufti Perlis Prof Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin berkata, ramai ‘dinosaur’ dalam Umno pun perlu bersara bagi memberi ruang kepada muka-muka baru seiring dengan landskap politik semasa negara ini.

Justeru tegas beliau, nasihatnya agar Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya bersara daripada politik tidak hanya terhad kepada bekas timbalan perdana menteri itu.

Semalam, pemimpin-pemimpin muda dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR) sambil menyifatkan kepimpinan Anwar masih “relevan” berkata, pandangan bekas mufti Perlis itu sebagai “tidak realistik”.

“Pandangan saya yang tajam dan terbuka kepada Umno (dan) BN itu sebenarnya lebih banyak, saya pernah minta dinosaur-dinosaur politik dalam Umno supaya bersara awal untuk memberi laluan kepada muka-muka baru,” kata beliau kepada The Malaysian Insider hari ini.


Beliau yang juga pensyarah pengajian Islam di Universiti Sains Malaysia berkata, AMK sebagai sayap pemuda PKR sepatutnya tidak melenting apabila orang awam sepertinya memberi nasihat kepada Anwar, penasihat PKR.

Ini kerana kata beliau, politik baru yang dipopularkan oleh PR sejak tsunami politik pada 8 Mac 2008 sepatutnya tidak menafikan hak mana-mana pihak untuk memberikan pendapat dan hujah demi kepentingan negara.

Katanya lagi, saranannya semalam agar Anwar bersara dari menjadi ahli politik sebenarnya tidaklah bermaksud untuk memadam segala rekod sumbangan ketua pembangkang itu kepada negara.

Namun, rekod sumbangan Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh tidak bermakna boleh menafikan bakat pemimpin-pemimpin muda yang lain untuk mengepalai PR, lalu mengambil alih tampuk pemerintahan negara daripada Umno-BN kelak.

Sehubungan itu, Asri yang dikenali sebagai tokoh rentas parti turut membetulkan persepsi tidak tepat oleh dua calon Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Badrul Hisham Shaharin berhubung konotasi ‘bersara’ yang ditujukan kepada Anwar semalam.

“Saya kata bersara bukan dalam erti kata dia (Anwar) tidak boleh memberi pandangan dalam berpolitik, ramai tokoh-tokoh politik yang bersara masih boleh memberikan pandangan.”

4 Komen :

Anonymous ,  November 3, 2010 at 2:44 PM  

Dr. Asri harus lebih berhati2 apabila membuat sebarang komen, lebih2 lagi apabila beliau adalah seorang tokoh yang dihormati. Kalau sudah terlepas cakap, tidak elok kesannya.

cucu datok mandaliar ,  November 3, 2010 at 4:23 PM  

lebih baik asri ni nasihat supaya parti umno yg berasakan sekularisma itu dibubarkan saja,bukannya dinasour politik tu bersara dan asri kena nyata yg dia tu berpihak kearah mana....kerana dlm perjuangan menegakkan kebenaran takde sape2 yg boleh berada di pihak berkecuali.....jgn duduk atas pagar,krn org yg berdiri atas ni tak berpendirian,dia akan melompat dipihak yg boleh memberi keuntungan padanya....ilmu tinggi melangit pun kena le ada pendirian....klu tidak....or4g takkan hurmat

Anonymous ,  November 3, 2010 at 5:30 PM  

ini dia Kasim Baba hamba abdi kepada S.Kasim, bercakap berputar-putar, dah ramai akan masuk pukat dia, berlagak dan berbicara seperti seorang pentajdid agama, tapi berhati-hati dekat PRU13 akan bergabung dengan penyamun 40 ulamak muda UMNO.

Anonymous ,  November 4, 2010 at 12:17 AM  

Lain kali sebelum buat kenyataan, cermin diri dulu, tanya diri sendiri 'apakah sumbangan kita terhadap kemajuan politik tanah air" Bukan suruh orang berhenti kerena itu hak dia. Kalau yg kaki rasuah disuruh berhenti, memang patut. Lepas berdolak dalih pula.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas