BlogList Malaysia

21 October 2010

Umno Yang Lemah Dan Bodoh Tok Guru Juga Yang Salah?

Umno Kelantan tuduh Nik Aziz ‘jual Islam, sanggup berkawan syaitan’

Perwakilan Umno Kelantan hari ini mendakwa Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat telah menjual Islam kerana sanggup berkompromi dengan pihak yang menyindir agama rasmi negara ini.

Timbalan Ketua Umno Kok Lanas Datuk Md Alwi Che Ahmad (gambar) berkata, Menteri Besar Kelantan itu sanggup berkawan dengan sesiapa sahaja kerana tidak suka dengan Umno.

Beliau terlebih dahulu meminta supaya semua pemimpin Umno untuk kembali berjuang kerana Islam selain bekerja keras untuk mendapatkan sokongan rakyat.

“Kita perlu perbetulkan semua ini.

“Kita perlu pertahankan Islam, adakah kita mahu pertahankan Nik Aziz?

“Beliau sudah menjual Islam, beliau sanggup berkawan dengan syaitan.

“Beliau sudah buang semua ini (Islam), beliau berkawan dengan syaitan kerana benci kepada Umno,” kata beliau ketika membentangkan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung Umno 2010 hari ini.


Md Alwi yang juga Ketua Pembangkang di DUN Kelantan juga menegaskan supaya pemimpin Umno perlu membuang sikap “sombong” yang ada dalam diri dan pada masa sama menyemai semula roh perjuangan parti dengan berdasarkan Islam.

“Umno perlu balik kepada Islam, tidak akan ada orang Melayu kalau tidak kerana Islam.

“Jadi kita perlu kembali kepada Islam, apa yang penting adalah kita perlu menjaga dan mempertahankan akidah,” katanya.

Tambah beliau, Islam yang menjadi pegangan orang Melayu di negara ini akan hancur sekiranya serahkan tampuk kepimpinan kepada PAS.

“Kalau nak harapkan PAS perjuangkan Islam, maknanya hancurlah Islam di negara ini.

“PAS ini celaru,” kata beliau yang juga Setiausaha Barisan Nasional Kelantan.

Md Alwi, Ahli Dewan Undangan Negeri Kok Lanas berkata pemimpin Umno perlu turun ke padang untuk menemui rakyat bukan hanya duduk di atas sahaja.

“Umno bagi segala-galanya tapi adakah rakyat sokong kita?

“Saya nak tanya kenapa kerajaan PAS rakyat sayang? Kenapa Umno tidak? Ini kerana PAS berjuang kerana Islam.

“Saya tegaskan di sini bahawa kekayaan tidak menjamin kasih sayang. Jadi kita perlu mengubah persepsi ini, pemimpin perlu turun ke bawah menemui rakyat,” katanya.

6 Komen :

Anonymous ,  October 21, 2010 at 7:39 PM  

LEBIH BAIK BERKAWAN DENGAN SYAITAN DARIPADA BERKAWAN YANG LEBIH DARI SYAITAN (SYAITAN BERTOPENG ISLAM)

Anonymous ,  October 21, 2010 at 9:13 PM  

Masalahnya TGNA bukan berkawan dengan syaitan, cuma UMNO je yang tak sedar bahawa mereka tu dah jadi syaitan.

Hakikatnya UMNO sendiri sudah terlalu sesat sampai sudah tak tahu nak kembali ke pangkal jalan.

“Umno bagi segala-galanya tapi adakah rakyat sokong kita?
“Saya nak tanya kenapa kerajaan PAS rakyat sayang? Kenapa Umno tidak? Ini kerana PAS berjuang kerana Islam.

Inilah STATEMENT yang secara tidak langsung mengiktiraf pemerintahan PAS di Kelantan, dan membuktikan bahawa UMNO memang tak perlu bertanding di Galas.

PemudaGondang ,  October 21, 2010 at 9:15 PM  

kah kah kah!
mamak ni memang ada penyakit dalam hati, lebaih hebat dari penyakit Hepertetis B. Sebab itu beliau tidak sedikit pun malu bercakap depan ahli UMNO berdegar-degar, tapi taik penuh dijubur.
Dulu dia pernah kejutkan ahli UMNO dan manusia di kawasan ketereh, apabila berjanji bila UMNO menang di Kelantan beliau akan tukar sekolah agama yang diasaskan oleh bapanya kepada kilang laksa.
Inilah adalah antara sebab Anuar Musa kalah diperlimen Ketereh.
Sekarang beliau ingin tunjuk lagak didepan perhimpunan UMNO, beliau tak sedikit rasa aib dan malu, bangunan UMNO yang tersegam hebat di jalan sultanah Zainab telah dilelong kepada PAS.

Anonymous ,  October 21, 2010 at 9:29 PM  

umno hampeh....basi....10000000 orang back up umnok aku rasa kesian kat dia pasal umnok hancus....mapeley....tapau.....lu....pikir la sendiri......budak sentul KL.....PARLIMEN BATU.....HIDUP PR....

Anonymous ,  October 22, 2010 at 7:26 AM  

memang sedap bercakap, apalagi di depan peminat yg sedia untuk memanggil syaitan (dgn bertepuk tangan) sebab di bercakap bertemankan syaitan, tunggulah, kalau umur beliau sekarang ini 40 tahun, tak lama lagi tentu akan bertemu dengan penciptanya, kita semua akan kesana, tempat dimana tiada hipokrit, tiada kuasa, segalanya benar belaka. dan di situlah kita akan tahu siapa yang berkawan dengan syaitan atau tidak.

Anonymous ,  October 22, 2010 at 11:00 PM  

Bila 5 orang dajjal beri komen..
Melayu Oh Melayu..

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas