BlogList Malaysia

10 June 2010

Demi Maruah Umno, Keputusan Kawin Koboi Terpaksa Ditangguh

Keputusan pengesahan dan pendaftaran pernikahan ahli parlimen Kinabatangan Datuk Bung Moktar Radin dengan pasangannya pelakon Zizie Izette yang dijadualkan diumumkan hari ini, telah ditangguhkan.

azlanKumpulan petugas media menunggu di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur sejak awal pagi tetapi pasangan tersebut tidak muncul.

Malaysiakini kemudiannya menghubungi peguam mereka, Zulkifli Che Yong yang memaklumkan bahawa keputusan tersebut telah ditangguhkan.

Beliau berkata, pihaknya telah mengemukakan permohonan petang semalam supaya keputusan tersebut ditangguhkan.

Ditanya bila keputusan itu akan dibuat, Zulkifli berkata sehingga ini tarikh baru belum ditetapkan lagi.

Pasangan itu memfailkan permohonan bagi mendapatkan pengesahan dan pendaftaran pernikahan pada 4 Jun lalu.


Dalam permohonan itu, pasangan berkenaan juga memohon pernikahan tersebut diterima dan didaftarkan oleh Pendaftar Nikah Cerai dan Rujuk Wilayah Persekutuan selari dengan Seksyen 12(2) Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Zizie dan Bung bernikah pada 16 Disember tahun lalu di sebuah bumah banglo di Hulu Klang, Selangor Disember tahun lalu dengan mas kawin RM80 tunai dan hantar RM31,000.

Manakala pada 19 Mei lalu, Mahkamah Syariah menjatuhkan hukuman penjara selama sebulan ke atas ahli parlimen Kinabatangan itu kerana kesalahan poligami tanpa kebenaran mahkamah.

Bung Moktar juga didenda RM1,000 bagi satu lagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran dan berhadapan dengan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut hari ini.

Isteri keduanya, Zizie Ezette Abd Samad pula didenda RM1,000 bagi setiap dua kesalahan.

Pelakon terkenal itu bersalah atas tuduhan bersubahat bagi kesalahan poligami tersebut dan juga kesalahan pernikahan tanpa kebenaran mahkamah.

3 Komen :

hj jamaludin ,  June 10, 2010 at 1:33 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Apa nak di hairankan keputusan Mahkamah di Malaysia . Kes Liwat DSAI pun da beberapakali di tanggoh

azman kamarul June 10, 2010 at 4:28 PM  

Nasib kita lah jadi rakyat negara ini, kalau aku billionaire dah lama aku belah dari negara ni......haprak..hancur punah ranah kalau dibiarkan puak-puak ni mentadbir.

Bilalah nak mampossnya umno ni....tak sabar-sabar dah nak sembahyang ghaib.

abu simbel ,  June 10, 2010 at 8:45 PM  

azman kamarul..4.28pm
aku pun selalu pikiaq macam hang juga..tuu yang dok main toto 6/58 tuu..20 juta tak dak orang kena lagii..kalau kena aku nak pi duduk di Accra,Ghana..best ooii..!!

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas