BlogList Malaysia

12 February 2010

Sah Katak Zahrain Lompat PKR

Ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim mengumumkan keluar dari PKR berkuatkuasa serta merta dan menjadi wakil rakyat bebas.

Beliau mengumumkan demikian dalam satu sidang akhbar di ibunegara pagi ini.

Menurutnya, beliau akan menjadi ahli parlimen yang berprinsip dan tidak mesra BN.

Berikutan itu, beliau mengumumkan meletakkan semua jawatannya dalam PKR berkuatkuasa serta merta.

Zahrain berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang sudah kepercyaan kepada kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga setiausaha agung DAP Lim Guan Eng.

Beliau berkata, keputusannya itu juga kerana sudah hilang keyakinan kepada prinsip keadilan yang diperjuangkan oleh PKR.

Bagaimanapun, katanya, beliau tidak akan menyertai mana-mana parti dan akan menjadi wakil rakyat bebas sepenuhnya.

Menjawab soalan, dia juga menafikan akan menjadi mesra BN.

Zahrain juga berkata, ia juga merupakan satu keputusan peribadi dan tidak melibatkan rundingan dengan parti-parti lain.

Ditanya sama ada dia akan mencadangkan wakil rakyat PKR yang lain untuk menurut jejak langkahnya, Zahrain menegaskan ini adalah tindakan peribadinya dan dia tidak terlibat untuk memujuk orang lain.

Ditanya sama ada tindakan ini disebabkan oleh pembelian MP Pakatan seperti yang didakwa oleh Datuk Seri Anwar Ibarahim, beliau berkata "saya tidak ada beli apa" dan dan bertanya kembali "16 September itu apa?"

"Saya pun kecewa dengan 16 September, tidak timbul isu beli membeli...," katanya.

Turut bersamanya dalam sidang akhbar pagi ini ialah bekas setiausaha agung PKR, Datuk salehudin Hashim.

[Berita lanjut menyusul]

2 Komen :

hj jamaludin ,  February 12, 2010 at 1:34 PM  

Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Kepada Pemimpin UMNOBN yang memperjuangkan nasib orang Melayu di Malaysia. Buktikanlah sekarang yang UMNOBN memperjuangkan NASIB ORANG MELAYU Di MALAYSIA . Jangan biarkan AP Zahrain bersendirian memperjudikan nasibnya ,seorang diri takut takut nanti di pertemankan Syaitan Laknatullah. AP Zahrain dahagakan kemesraan dari UMNOBN . Buktikanlah kepada AP Zahrain yang UMNOBN sentiasa mesra malah ramah tamah terhadap bangsa Melayu di Malaysia . Kepada Pemimpin tertinggi UMNOBN lupakanlah sengketa yang di di buat oleh AP Zahrain yang dahulu meninggalkan UMNOBN Pulau Pinang. Kepada Pemimpin Tertinggi UMNOBN rapatkanlah barisan dengan dekati AP Zahrain , berikanlah apa apa yang membolehkan AP Zahrain mesra kepada UMNOBN .UMNOBN parti Melayu dan AP Zahrain orang Melayu , so No Problemkan untuk memujuk AP Zahrain untuk kembali kepada pangkuan UMNOBN . Saya rasa perkara ini mudah kerana UMNOBN mempunyai segala segala nya di Bumi Malaysia .

Anonymous ,  February 12, 2010 at 2:40 PM  

berita yang paling mengembirakan pada hari ini ,dengan lafaz silakan berambus YB Zahrain,& apa khabar YB Zul Kulim,bila lagi?
kepada pimpinan PKR jika tiada tindakan kpd YB Zul jangan harap untuk mendapat undi aku dalam G.E sarawak akan datang

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas