BlogList Malaysia

15 December 2009

Siasat & ambil tindakan displin terhadap 5 MP PAS yang tidak hadir malam tadi

Salam satu Parlimen. Setelah membaca laporan di sini dan di sini, tidak dapat kita sangka masih ada lagi ahli Parlimen PAS yang tidak berdisplin. Bajet 2010 yang diluluskan malam tadi adalah bajet paling mangkuk !!! Macam mana 5 ahli Parlimen PAS boleh tidak hadir sedangkan bajet ini akan menjadikan kehidupan rakyat seperti neraka untuk tahun hadapan. Ini belum cerita GST lagi ni bai.

5 ahli Parlimen ini dengan sengaja menjadikan kehidupan rakyat sengsara pada tahun depan. Mereka berlima telah dengan sengaja mempersia-siakan amanah rakyat Malaysia yang diberikan kepada mereka. Mereka berlima tidak langsung menghargai undi rakyat.

Tuan Ibrahim Tuan Man wajib membuka kertas siasatan untuk menyiasat mereka berlima. Sebagai ketua kepada JawatanKuasa Displin Parti, Tuan Ibrahim Tuan Man harus lekas selesaikan pekara ini disamping kes Hasan Ali yang sengaja cuba di'cover up' oleh beliau. Tuan Ibrahim Tuan Man, anda mesti siasat mereka berlima dan dapatkan hujah apa sebab mereka tidak hadir pada malam tadi untuk sesi pengundian undi belah bagi untuk usul Bajet 2010.

Mereka berlima telah berjaya menjadikan hidup rakyat sengsara pada tahun 2010. Mereka berlima sebenarnya adalah pewira-pewira Najib dan juga para penyokong BN. Berikut adalah wajah-wajah 5 ekor mangkuk yang berjaya menabur pasir dalam periuk nasi rakyat pada tahun 2010 nanti.

Dr.Mujahid Yusuf Rawa
P057, Parit Buntar

Dr.Che Rosli Che Mat
P101, Hulu Langat

Dr.Hatta Ramli
P031, Kuala Krai

Taib Azamudden
P016, Baling

Mahfuz Omar
P008, Pokok Sena

Jika mereka berlima tidak mempunyai alasan yang munsabah, JawatanKuasa Displin Parti PAS wajib menghukum mereka dengan diambil tindakan tatatertib sebagai pengajaran bahawa amanah yang diberikan rakyat adalah besar dan bukan pekara-pekara main-main.

*Sumber gambar dari laman web Parlimen Malaysia.

6 Komen :

cicitHJHASSANu December 15, 2009 at 11:19 PM  

salam tuan...
elok antar diorang balik bagan...

ISA December 16, 2009 at 12:46 AM  

Salam Bro,

Minta tolong kemaskini URL blog ikutsukaaku - ISA. URL lama dah kena sampok Jin Tantuya.

Tukar kepada;

http://ikutsukaakuisa.blogspot.com

Terima kasih.

Anonymous ,  December 16, 2009 at 7:04 AM  

salam. walaupn saya anti UG dan peminat YB mahfus. tindakan perlu d ambil terhadap mereka. anuar dan lim kit siang juga perlu ambil tindakan yg sama terhadap wakil2 mereka yg tak masuk dewan mlm itu.

Anonymous ,  December 16, 2009 at 10:23 AM  

Cuba buktikan kepada rakyat budget 2010 adalah neraka buat rakyat Malaysia.

Kalau nak rampas kuasa pun cara halal la..ni tak..nak liwat jugak tu..

Anonymous ,  December 16, 2009 at 11:58 AM  

Anom 10:23

Rampasan kuasa umno/bn kat Perak cara halal jugak ker??

Cubaan kat Kedah pun halal jugak ker??

hehehe.. mengata dulang pasu serpih.. Err.. Ko paham tak maksud peribahasa tuh? Tak paham masuk skolah balik..

-Pemerhati-

rem58 December 24, 2009 at 1:36 PM  

"5 ekor mangkuk" biadab sangat bro..mcm ni ka orang Islam?? ape kalo derang tak datang sbab alasan kukuh cane? mcmnila orang Islam, marah tak siasat..lagi nak masuk jalan belakang..grow up and be rational..

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas