Bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin telah ditangkap oleh pihak polis dan pegawai JAIS jam 12.15 tengah malam tadi.
Kira-kira jam 10 malam tadi,sepasukan lapan anggota daripada Jabatan Agama Islam(JAIS) telah tiba, ketika Dr Asri baru selesai menyampaikan kuliahnya yang dilakukan secara rutin setiap bulan, di kediaman di Taman Sri Ukay,dekat sini.
Suasana menjadi agak tegang apaila orang ramai dan para jemaah yang mengikuti kuliah,terkejut dengan kehadiran sepasukan anggota polis sejumlah kira-kira 40 orang,yang mula mengepung pekarangan rumah tersebut.
Beberapa jemaah yang ditemui,membayangkan situasi tersebut tidak ubah seperti suasana penangkapan bekas Timbalan Perdana Menteri Dato'Seri Anwar Ibrahim dirumahnya di Damansara pada tahun 1998 lalu.
Sungguhpun begitu,AhliParlimen Ampang Zuraida Kamaruddin,yang berada di kediaman itu,berjaya meminta orang ramai dan pihak polis yang berada di situ bertenang.
Dalam pada itu,kira-kira 2jam, para pegawai Jais berunding untuk meminta Dr Asri ke pejabat agama atau balai polis berdekatan.
Pada awalnya,Dr Asri mahu para pegawai itu mengambil keterangan di rumah tersebut, namun setelah berbincang agak lama,Dr Adsri akur untuk ke balai polis berdekatan.
Beliau kelihatan menaiki van JAIS dan diiringi oleh beberapa buah kereta peronda polis.
Sebelum pergi, Dr Asri sempat meminta supaya pihak media menunggu beliau dirumah tersebut kerana akan mengadakan sidang media.
"Jangan bimbang,saya akan balik semula ke sini.Doakan saya.
"Tunggu saya...akan membuat sidang media," katanya di hadapan orang ramai dan pihak media yang mengerumuni rumah tersbut.
Dipercayai tangkapan itu,berikutan dakwaan beliau yang dikatakan mengajar tanpa tauliah dan ada kaitannya dengan sidang media semalam serta memo bantahan lantikan beliau selaku Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah(Yadim).
Beliau dipercayai dibawa ke balai polis Hulu Kelang untuk diambil keterangan.Turut serta bersama beliau ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang,Shaari Sungib.
Berita menyusul kemudian_ hrkh
02 November 2009
Gempar - Dr. Asri Ditangkap Polis
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
3 Komen :
Bismilah Hir Rahman Nir Rahim
Saya tunggu ulasan UG YB Hassan Ali punya komen perihal penahan Drs Asri . JAIS dulu larang Tuan Guru Nik Aziz kuliah di Masjid2 Selangor semasa Pemerintah Zoinis UMNOBN tapi sekarang Pemerintah Pakatan Rakyat pun dah nak ikut cara Zoinis UMNOBN .So YB Hassab Ali please komen sikit.
aslmlkum...
Hj Jamaludin,
maaf saya katakan yang kurang enak jika kita melabelkan sesuatu itu dengan perkataan yang kurang enak..kita semua manusia.dan rasanya gelaran "haji" yang ada pada saudara bukan sesuatu permainan juga. berkhemahlah dalam kata-kata dan saya akui diri saya juga kadangkala alpa.
maafkan saya...tiada niat untuk memalukan mana-mana pihak.sekadar pandangan seorang insan yang jahil.
Salam semua..
Di Malaysia anything can happened.. penahanan Dr. Asri adalah sesuatu yg mengejutkan.. tetapi kalau ianya telah menCABAR kesucian Islam... usah kita biarkan... pihak yg berselindung dgn agenda tersendiri perlu dihadap ke depan. Siasat..x100
Post a Comment