Mira Ricardel, timbalan penasihat keselamatan negara, terpaksa melepaskan jawatannya pada hari Rabu selepas isteri Presiden AS, Donald Trump, Melania, berkata Ricardel tidak layak untuk bekerja untuk suaminya.
Ricardel "akan terus menyokong presiden ketika dia meninggalkan Rumah Putih untuk beralih kepada peranan baru dalam pentadbiran," kata jurucakap White House Sarah Sanders dalam satu kenyataan. Sanders tidak menjelaskan apakan tugas baru Ricardel.
Trump, selepas pilihan raya kongres minggu lalu yang menyaksikan penghakisan kuasa parti Republican pimpinannya, juga bersedia untuk memecat Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri, Kirstjen Nielsen sebagai sebahagian daripada rombakan Kabinet selepas pilihan raya itu, kata beberapa pegawai AS.
Ricardel adalah bekas pegawai Jabatan Perdagangan yang dipilih oleh penasihat keselamatan nasional Trump, John Bolton, untuk berkhidmat sebagai timbalannya.
Dia bermasalah dengan Melania Trump dan kakitangannya berhubung lawatan wanita pertama itu ke Afrika dan penggunaan sumber kerajaan untuk lawatan itu, kata seorang pegawai kanan pentadbiran.
Ricardel juga mempunyai reputasi bengis terhadap kakitangan, kata beberapa sumber.
Pejabat Melania Trump mengambil langkah luar biasa untuk mengeluarkan kenyataan pada hari Selasa mengatakan bahawa Ricardel harus berhenti. Walaupun wanita pertama di segi sejarah diketahui mempengaruhi suami mereka dalam urusan rasmi, tetapi mereka biasanya tidak mengeluarkan kenyataan mengenainya.
"Ia adalah pendirian Pejabat Wanita Pertama yang dia (Ricardel) tidak layak untuk bekhimat di Rumah Putih," kata Stephanie Grisham, jurucakap wanita pertama itu. [Baca berita penuh]
.- Reuters
No comments:
Post a Comment
Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.
JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!