Beliau berkata pihaknya telah dimaklumkan oleh pihak polis yang mereka menerima maklumat terdapat cubaan ancaman terhadap nyawa Psy dan itulah sebabnya mengapa orang ramai di tempatkan agak jauh dari pentas.
Pihak polis juga, tambahnya, terpaksa membuat beberapa pertimbangan segera dan memberitahu pihaknya supaya meminta Najib segera turun dari pentas selepas acara menggaul yee sang, jelas Teng selepas menghadiri rumah terbuka Tahun Cina Gerakan di Jelutong hari ini.
Setiausaha Agung Gerakan itu cuba menjelaskan mengapa Psy, atau Park Jae-sang, tidak menyertai acara menggaul yee sang bersama Najib dan pemimpin BN di atas pentas.
Beliau menafikan dakwaan bahawa Psy enggan bersama Najib, sambil menambah bahawa apa yang berlaku pada hari - di mana pemimpin BN kelihatan keliru dan tidak teratur di atas pentas - dengan pengacara merayu kepada Psy untuk menyertai acara tersebut.
Sebenarnya, tegas Teng, berlaku beberapa masalah teknikal dan peranan pengacara sepatutnya hanya memperkenalkan Psy dan bukan memanggil artis tersebut naik ke pentas.
"Dia (pengacara) kemudian memberitahu saya yang dia mendapat arahan dari seseorang lain untuk berbuat demikian," katanya.
http://www.malaysiakini.com/news/221373
No comments:
Post a Comment
Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.
JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!