06 November 2012

10,000 warga Myanmar dapat IC jadi pengundi BN?

Inilah mesej yang ditulis Gabriella di facebook miliknya.
KUALA LUMPUR 6 November: Pengguna facebook, Shirley Gabriella mendedahkan, pada 6.45 pagi Jumaat lalu, beliau terkejut menyaksikan ribuan warga asing Myanmar diberi kerakyatan menjadi warganegara Malaysia yang sah.

Beliau menganggarkan sekitar 10,000 menunggu di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras untuk diberi kerakyatan oleh Kerajaan Malaysia dengan syarat, mereka beragama Islam dan boleh mengucap dua kalimah syahadah.


Menurutnya lagi, warga asing terbabit tidak diberi taraf penduduk tetap (permanent resident), sebaliknya diberi taraf warganegara (permanent citizenship).

Tulis Gabriella dalam ruangan komen statusnya itu, beliau mengizinkan orang ramai untuk menyebarkan berita ini.

Persoalannya, apakah kelayakan yang membolehkan ribuan warga Myanmar tersebut diberi kerakyatan secara beramai-ramai?

Adakah Malaysia sudah kekurangan rakyat sehingga perlu memberi kerakyatan segera kepada bangsa asing? Atau ribuan warga Myanmar ini akan dibenarkan untuk mengundi pada pilihan raya umum akan datang bagi memberi kemenangan kepada Barisan Nasional?

Dipetik dari : http://www.keadilandaily.com/?p=39005


No comments:

Post a Comment

Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.

JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!