20 August 2012

FB kontroversi: Pemuda Umno buat laporan polis

Ibdillah Ishak sedang membuat laporan di Balai Polis Tun H S Lee. - Foto ihsan Ibdillah Ishak

SHAH ALAM - Pemuda Umno membuat laporan polis berhubung laman Facebook kontroversi, yang mendakwa undi kepada Pakatan Rakyat (PR) bermakna sokongan kepada usaha menjadikan Kristian sebagai agama persekutuan, dikendalikan sayap itu.


Laporan dibuat oleh Setiausaha Kerja Pemuda BN, Ibdillah Ishak di Balai Polis Tun H S Lee kira-kira jam 4 petang tadi.

Tindakan itu dimaklumkan menerusi laman Twitter Ibdillah kira-kira jam 4 petang tadi.

“Membuat laporan polis bagi pihak YB Khairy (Jamaluddin) berkenaan laman FB yang berbaur hasutan,” katanya.


No comments:

Post a Comment

Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.

JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!