Dalam sidang media sebelum ini, beliau mendakwa agen tersebut adalah bekas Ketua Pemuda PKR Kedah PKR Zamil Ibrahim (bawah).
Dalam pendedahan video klips terbaru hari ini, Khalid turut mengedarkan transkrip kepada media perbualan Zamil yang didakwanya lebih kurang 31 ahli parlimen PKR yang "tidak akan disenaraikan semula" untuk didekatinya.
"Memang ada usaha gigih, teratur dan tersusun, bukan sembang kosong, dia dah senaraikan identiti orang yang tidak puas hati.
"Matlamat untuk nak beli MP (PKR) ini... Inilah demokrasi negara kita tercabar dengan budaya politik wang," katanya.
Dalam pendedahan itu juga, beliau juga menamakan seorang lagi individu yang didakwanya sebagai agen BN untuk berbuat demikian.
Zamil pada 14 Jun lalu ketika dihubungi tidak mengesahkan atau mengiyakan dakwaan memainkan peranan dalam dakwaan rundingan supaya wakil rakyat Pakatan berpaling tadah.
Zamil juga menafikan dakwaan bahawa beliau merupakan seorang ejen Umno dan "tak ada kena mengena dengan Umno."
No comments:
Post a Comment
Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.
JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!