14 January 2012

PKR tuntut audit penuh akaun NFC

ALOR SETAR, 14 Jan — PKR mengalu-alukan tindakan Putrajaya membekukan aset milik Pusat Fidlot Nasional (NFC) namun menegaskan pentadbiran kerajaan seharusnya menjalankan audit penuh terhadap syarikat berkenaan.

Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli, berkata ini kerana membekukan aset sahaja tidak memungkinkan rakyat mengetahui dengan lebih mendalam penyalahgunaan dana projek ternakan lembu tersebut.

“Kami tetap menuntut kerajaan menjalankan audit penuh terhadap akaun NFC,” katanya kepada The Malaysian Insider ketika Konvensyen Pakatan Rakyat di sini.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini mengumumkan aset NFC akan dibekukan buat sementra waktu, menurut Bernama Online.

Najib yang dalam lawatan ke Perak turut berkata, dengan keputusan tersebut, perjalanan projek tersebut akan diawasi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.


No comments:

Post a Comment

Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.

JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!