01 December 2011

Saya Timbalan Presiden paling setia: Muhyiddin

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan beliau adalah Timbalan Presiden paling setia dalam UMNO dan sentiasa menjalinkan hubungan baik dengan Presiden, Datuk Seri Najib Razak.

"Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Presiden di atas pengiktirafan beliau dalam ucapan perasmian tadi.

"Malah, mandat yang diberikan oleh Datuk Seri Najib Razak sentiasa dilaksanakan dan tiada satu pun perkara yang tidak diketahui beliau," katanya.

Muhyiddin berkata demikian bagi mengulas ucapan perasmian yang mengiktiraf peranan Timbalan Presiden dalam kepimpinan parti berkenaan.

-Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.

JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!