Hisham: Bil Perhimpunan Aman tak akan dimansuh
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata kerajaan tidak akan melayan tuntutan supaya Rang Undang-undang Perhimpunan Aman 2011 ditarik balik.
Ditanya oleh wartawan sama ada beliau sedia mempertimbangkan desakan dan rayuan daripada pelbagai pihak yang mahu rang undang-undang itu dikaji semula dan dipinda, Hishamuddin berkata beliau tidak bersetuju.
"Tidak ," katanya sambil berkata adalah terlalu awal bagi pembangkang membuat desakan menentang rang undang-undang itu sedangkan ia belum dibahaskan di parlimen.
Selasa lalu, rang undang-undang itu buat pertama kalinya dibacakan di Dewan Rakyat.
Hishamuddin yang juga naib presiden Umno, mendakawa pembangkang menggunakan isu itu demi kepentingan politik mereka.
Beliau juga menafikan rang undang-undang yang akan dibahas petang ini bertujuan menyekat orang ramai daripada berhimpun dan memberi kuasa yang lebih kepada pihak polis.
No comments:
Post a Comment
Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.
JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!