Bekas IGP Rahim Noor rasmi persidangan PERKASA
Seramai 1,400 anggota perwakilan dari 99 bahagian Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) seluruh negara dijangka menghadiri Persidangan Agung Tahunan Kali Ke-2 pertubuhan itu, Rabu depan.
Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata seramai 3,000 pemerhati dijangka menghadiri persidangan sehari itu yang berlangsung di Dewan Centrum, Kompleks Centrum Taman Setiawangsa di ibunegara.
"Persidangan dirasmikan Tan Sri Rahim Noor (bekas Ketua Polis negara)... kita jemput untuk beri penghormatan kepada beliau yang banyak berjasa kepada negara," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
- Bernama
No comments:
Post a Comment
Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.
JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!