09 September 2011

Majlis Profesor Kangkung Sahkan Hanya Umno Pejuang Merdeka

Majlis prof: Gerakan kiri bukan perjuangan merdeka

Majlis Profesor Negara (MPN) hari ini menegaskan bahawa perjuangan gerakan politik kiri, termasuk komunis bukan perjuangan kemerdekaan di Tanah Melayu.

Sebaliknya ia dianggap "penderhakaan" kerana didakwa mahu menghapuskan kuasa-kuasa Melayu di Tanah Melayu dan mahu menubuhkan kerajaan republik.

"Pada tahun 1930, Parti Komunis Malaya ditubuhkan di Singapura. Mereka menubuhkan Republik Demokratik Rakyat Malaya yang berkait dengan (fahaman) komunis.


"Cita-cita komunis tidak membebaskan Tanah Melayu daripada pentadbiran British yang dipersetujui oleh Raja-raja Melayu.

"Nasionalis (Melayu) yang ingin bersekongkol, bekerjasama dan bersubahat dengan komunis untuk menjadikan negeri republik komunis.

"Kita tidak menerima perjuangan mereka kerana mahu merampas kuasa secara tidak sah dan tidak legitimate," kata sejarahwan Profesor Datuk Dr Zainal Kling dalam sidang media di Putrajaya pagi ini.

Sementara itu, kenyataan MPN yang diedarkan menyebut, perjuangan kiri tidak diiktiraf sebagai perjuangan kemerdekaan kerana berhasrat membawa Tanah Melayu menyertai projek Indonesia Raya.

Katanya, penentangan komunis terhadap Jepun pada awalnya - melalui Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu (MPAJA) - pula dibuat kerana "amat marah dan malu" atas penaklukan Jepun terhadap China pada tahun 1937 hingga 1945.

"Mereka tidak berjuang demi kebebasan Tanah Melayu atau menegakkan negeri Melayu," kenyataan itu dipetik.

Malaysiakini


No comments:

Post a Comment

Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.

JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!