Sehubungan itu kata Khairy (gambar), beliau tetap menanti kemunculan Mohamad Sabu, yang merupakan punca kontroversi semasa, untuk berdebat dengannya walaupun sudah ada tiga tawaran lain sekarang manakala timbalan presiden PAS itu sendiri enggan berhadapan dengannya.
“Bukan saya yang nak, tapi saya dijemput asalnya untuk debat Mat Sabu (Mohamad Sabu) oleh kerajaan Kelantan,” katanya.
Khairy yang semalam menyifatkan Mohamad sebagai bacul dan tidak bermaruah selepas tidak mahu berdebat denganya juga berkata, beliau sudah menganggap debat yang hendak diadakan tidak akan menjadi kenyataan.
“Saya anggap tiada debat akan berlaku sebab tawaran asal itu ditarik balik oleh PAS sendiri,” katanya lagi.
Khairy memberikan penjelasan terperinci dalam 12 mesej yang dihantar menerusi Twitter sekitar 4.30 hingga 5 petang tadi.
No comments:
Post a Comment
Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.
JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!