Kenapa pilih Selangor, Kelantan? Kenapa tidak pilih Johor?
Kerajaan Rakyat: Apakah muslihat Presiden Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA), Datuk Zaid Ibrahim yang berhasrat meletakkan calon partinya hanya di negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, Selangor dan Kelantan? Kenapa beliau tidak berani untuk mencabar calon-calon di negeri Johor, Pahang atau Melaka dalam pilihanraya umum ke 13 nanti?
KOTA BAHARU 21 Ogos - Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) bercadang meletakkan calon di Selangor dan Kelantan pada pilihan raya umum akan datang, kata Presidennya, Datuk Zaid Ibrahim.
Bagaimanapun, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak dapat menentukan jumlah calon dan kerusi yang akan ditandingi di kedua-dua negeri itu.
"Setakat ini, kita hanya mengenal pasti dua negeri iaitu Selangor dan Kelantan untuk diletakkan calon KITA dalam pilihan raya kali ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan hari raya kepada orang kurang upaya di sini, hari ini. - Bernama
No comments:
Post a Comment
Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.
JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!