Menurutnya, Anwar sepatutnya membersihkan nama beliau dan menjawab segala persoalan yang masih lagi menjadi tanda tanya mengenai dirinya sehingga hari ini.
"Dengan menyertai perhimpunan bertemakan Bersih, Anwar perlu membersihkan namanya. Jika gagal berbuat demikian, dia patut berasa malu untuk terlibat dalam perhimpunan itu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, Khamis.
Dakwa Gobalakrishnan, perhimpunan Bersih 2.0 yang diketuai pengerusinya, Datuk Ambiga Sreenivasan sebenarnya didalangi oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk kepentingan peribadi.
"Saya percaya Anwar terdesak untuk mengelirukan rakyat menerusi perhimpunan ini. Beliau memerlukan keadaan huru-hara untuk mencetuskan gelombong kebencian rakyat terhadap kerajaan," ujarnya.
Bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu turut percaya Anwar sengaja mempergunakan gabungan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat demi kepentingan politiknya.
"Setelah lebih 12 tahun bersama Anwar, saya cukup kenal dengan perangai beliau yang akan mempergunakan sesiapa saja untuk hasrat peribadinya," katanya.
Sementara itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya mengetahui objektif sebenar perhimpunan itu diadakan sebelum terlibat sama.
Perhimpunan Bersih yang dijadualkan di Kuala Lumpur pada 9 Julai ini kononnya diadakan bertujuan untuk menuntut kerajaan melaksanakan pilihan raya yang telus dan adil. - mstar

No comments:
Post a Comment
Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.
JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!