31 March 2011

Laman web TV Selangor digodam


Laman sesawang kerajaan negeri Selangor, TV Selangor digodam hari ini.

Menurut penolong pengurus, penerbitan kreatif, TV Selangor, Nik Ahmad Nik Mohamad Daud, laman mereka diserang kira-kira jam 4 petang tadi dan sehingga ini masih belum pulih.

“Laman TV Selangor dipercayai digodam dari Brickfield dan Seksyen 9, Shah Alam. Laman kami telah ditampal dengan kata-kata lucah,” katanya ketika dihubungi.

Menurut Nik Ahmad kerja-kerja membaik pulih sedang dijalankan tetapi tidak dapat memberi kepastian bila keadaan akan kembali sedia kala.

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

No comments:

Post a Comment

Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.

JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!