Bercakap dalam satu majlis 'pendedahan' anjuran biro antarabangsa Umno bahagian Jasin di Kampung Chinchin malam tadi, setiap butir bicara Hafilda, khusyuk diikuti oleh kira-kira 200 hadirin.
Bagi sebahagian besar hadirin, apa yang didedahkan oleh Ummi
Hafilda (kiri) - tentang dakwaan skandal seks Anwar sebelum pemecatannya, dan tentang diri abangnya Azmin yang ketika itu merupakan pembantu peribadi Anwar dan sekarang timbalan presiden PKR - adalah sesuatu yang baru pada mereka.
Dan menilai daripada ekspresi mereka malam tadi, hampir semuanya tampak percaya apa yang dikatakan oleh Ummi Hafilda, dalam suara yang menggeletar dan menangis ketika menceritakan apa yang berlaku pada tahun 1997 dan 1998.
Menyoroti semula ke hari dia mengetahu tentang "perkara yang membabitkan Anwar" dan sehinggalah saat dia bertemu dengan Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad, Ummi Hafilda memaparkan dirinya sebagai mangsa kepada "kuasa dan sikap tamak" ketua umum PKR itu.
Ummi Hafilda menceritakan mengenai kedatangan 50 anggota polis, termasuk yang bertopeng, menaiki 'black maria hitam', ke rumah kawannya tempat dia tinggal, dengan membawa pembesar suara, mengarahkannya keluar.
Katanya, dia enggan keluar dan menelefon ibunya, supaya berdoa untuknya dan dengan kehendak Allah, tambahnya, pintu tidak boleh dibuka.
Berikutan itu, katanya, anggota polis masuk melalui bumbung dan tindakan mereka itu, kata Ummi Hafilda telah menakutkan anak-anak kawannya yang menjerit ketakutan.
Katanya, dia tidak mengeluarkan setitis air mata pun ketika diseksa.Kemudiannya, kata Ummi Hafilda, ketika dia bertemu Dr Mahathir,
mata perdana menteri keempat itu digenangi air mati, apabila diberitahu apa yang diberitahunya itu adalah benar belaka.
Tidak seorang pun hadirin yang berganjak dari tempat duduk mereka sepanjang 90 minit Ummi Hafilda bercakap.
Dia dilayan seperti seorang selebriti, dengan para hadirin datang berjabat tangannya dan bergambar dengannya.
No comments:
Post a Comment
Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.
JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!