Dalam kenyataan media yang dipetik dari Sinar Harian hari ini, Mohd Ali berkata beliau bersedia untuk berdebat dengan sesiapa sahaja dari kalangan pimpinan PR.
Timbalan Ketua Penerangan PAS Negeri Melaka, Yusof Wahab berkata PAS sudah lama menyahut cabaran Ketua Menteri namun sehingga kini beliau tidak bersedia untuk berdebat dengan PAS.
Cabaran Ali Rustam sudah lama disahut oleh Pesuruhjaya PAS Melaka, Ustaz Abdul Ghani tetapi beliau sering berdolak dalik dan memberikan alasan”.
“Tindakan beliau yang mencadangkan debat dilaksanakan secara bersebelahan amat menggelikan hati dan membuktikan beliau tidak berani berdebat secara berdepan”.
“Mana ada orang berdebat dari jauh atau bersebelahan, di Amerika dan lain-lain Negara maju pimpinan mereka berdebat di atas pentas yang sama,rakyat dan wakil media bertanya secara spontan dan kedua-dua pendebat menjawabnya”
Menurut Yusof tindakan Ali Rustam yang mencadangkan debat dilaksanakan secara berselahan merupakan debat cara orang penakut dan tidak berani berdepan.
Mutaligat
No comments:
Post a Comment
Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.
JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!