11 January 2011

Seronok Sangatkah Ada Logi Nuklear?

Perbadanan Tenaga Nuklear Malaysia ditubuhkan


Sebuah entiti baru di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) akan mengkaji kemungkinan menghasilkan tenaga nuklear bagi keperluan tenaga negara.

Penubuhan firma itu yang akan dikenali sebagai Perbadanan Tenaga Nuklear Malaysia atau Malaysia Nuclear Power Corporation (MNPC), diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Minister Najib Abdul Razak pagi ini di Putrajaya.

Beliau juga menamakan Mohd Zamzam Jaafar sebagai ketua pegawai eksekutif perbadanan itu.

"(Beliau) akan mengetuai perancangan berdasarkan perkembangan semasa berdasarkan tempoh masa 11-12 tahun, bermula sebelum projek dimulakan sehingga ia ditubuhkan,” kata Najib dalam satu kenyataan.

Projek di bawah ETP itu bernilai RM67 bilion.

No comments:

Post a Comment

Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.

JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!