“Rampasan ini jugalah yang mereka telah lakukan di negeri Perak dengan menjadikan rakyat sebagai pertaruhannya. Apapun, kita percaya bahawa rakyat akan memberi respon di seluruh negara dalam pilihanraya yang akan datang dengan menukar kerajaan yang ada kepada Pakatan Rakyat,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan hari ini.
Tidak hormati pilihan rakyat
Katanya, bahawa langkah apa sekalipun yang digunakan untuk menongkat kelemahan, tidak akan menjamin BN akan terus kekal sebagai pemerintah kerana dunia telah membuktikan tidak ada kerajaan yang kekal selamanya termasuk Umno-BN.Sehubungan itu, menurut Abdul Hadi, krisis perlantikan jawatan setiausaha kerajaan negeri Selangor (SUK) yang sedang berlaku adalah akibat sikap kerajaan pusat yang tidak menghormati pilihan rakyat yang memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri tersebut.
"Dalam pilihan raya yang lalu rakyat sudah memilih Pakatan Rakyat sebagai kerajaan yang sah di Selangor.
"Di atas asas yang sama, agensi yang membuat pelantikan perkhidmatan awam di peringkat persekutuan memahami hasrat rakyat tersebut," katanya.
Abdul Hadi berkata sikap BN melawan kehendak pentadbiran kerajaan Selangor ini dilihat suatu tekanan dan berlaku akibat dari fahaman salah konsep federalisma.
No comments:
Post a Comment
Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.
JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!