Kempen pilihan raya kecil ke-14 ini masuk hari kedua hari ini.
Mohd Azahar menegaskan dakwaan itu tidak benar dan fitnah semata-mata mahu menjejaskan imej beliau.
“Tak ada... tak ada... itu satu fitnah. Itu adalah politik, kalau lihat ramai yang ikut saya.
“Dakwaan itu tidak benar, ia adat politik,” katanya selepas mengadakan lawatan di Pasar Awam Labis di sini pagi tadi.
Pengundian akan diadakan pada 30 Januari.
Sebelum ini, ada khabar angin mengatakan Umno Labis tidak menyokong pemilihan Mohd Azahar sebagai calon, namun ia juga dinafikan Ketua Wanita Umno Labis Haslinda Salleh dan Setiausaha Umno Labis Abd Razak Abd Rashid.
Kedua-dua mereka sebelum ini disebut-sebut berpeluang menjadi calon.
Selain itu, Ketua Umno Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menegaskan sayap itu akan memberikan “sokongan 110 peratus” kepada Mohd Azahar dalam pilihan raya kecil kerusi Tenang yang kempennya bermula semalam.
Umno-BN meletakkan Mohd Azahar, bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit manakala PAS-Pakatan Rakyat diwakili oleh Normala Sudirman, Ketua Muslimat PAS Labis dan bekas guru sebagai calon.
No comments:
Post a Comment
Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.
JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!