06 December 2010

Khir Toyo Ditangkap SPRM.. Macam Tak Percaya ..

Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo dijangkakan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, Isnin, atas tuduhan berhubung pemilikan dua tanah lot banglo mewah di Seksyen 7, di sini.

Beliau ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mohd Khir dijangka didakwa bersama Pengarah Ditamas Sdn Bhd, Shamsuddin Haryoni atas dakwaan tersebut.

Khir didakwa menerima dua tanah lot tersebut daripada Shamsuddin dengan bayaran RM3.5 juta pada 29 Mei, 2007 sedangkan lot tersebut dibeli oleh Shamsuddin dengan harga RM6.5 juta pada 2004. - mStar Online

3 comments:

  1. waaaah... khir toyo banyak duit? kayaaaaa kayaaaa..

    ReplyDelete
  2. Harapan semoga ramai lagi dari mereka yg sepatutnya di hadapkan ke mahkamah akan menyusul kemudian terutamanya dari kalangan UMNO politicians...

    ReplyDelete

Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.

JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!