"Apabila kita berbicara mengenai perpaduan kebangsaan kita mesti lupakan sejarah kita, keturunan dan menganggap diri kita sebagai rakyat Malaysia. Kita bercakap dalam satu bahasa dan tidak minta keistimewaan hanya kerana kita bumiputerab ataupun bukan bumiputera,” kata Dr Mahathir.
Beliau menjawab soalan daripada hadirin ketika sesi dialog pada forum ketiga dialog Malaysia-Eropah (MEF) di Kuala Lumpur.
Dr Mahathir juga membidas kumpulan yang menyokong 'prinsip 1Malaysia' tetapi masih mempertahankan diri mereka daripada kumpulan yang berasal daripada latar belakang sesuatu keturunan.
"Kita tidak boleh lagi anggap diri kita rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu, Cina ataupun India,” katanya sambil menambah jika rakyat boleh melupakan perkara itu, 1Malaysia akan mempunyai pengertian sebenar.
Bukan hendak kata apa, tetapi bangsa Malaysia itu x pernah wujud. Warganegara Malaysia itu ade tetapi bukanlah bangsa. Sepatutnya jangan dilupakan sejarah. Kita lihat kembali bagaimana Tanah Asia Tenggara ini berjaya melakukan hubungan diplomasi di arena antarabangsa malah hingga ada perkampungan pedagang2 di tanah ini. Namun begitu, mereka masih boleh hidup bersatu-padu tanpa perlu membelakangkan bangsa, tanpa perlu segala isme2 dan konsep. Cuma hati yang ikhlas dan jujur sahaja mampu menerima bahawa mereka di harus tunduk di bawah DYMM, maka itu sudah memadai. Sejarah sentiasa mempunyai jawapan untuk masa depan.
ReplyDeleteDYMM Sultan Selangor tak payah nak cari jauh-jauh dan tak payah nak cakap berselindung lagi.Inilah manusianya bernama Mahathir Kutty yang telah menarik kekebalan Raja-Raja Melayu,dan selalu menghina Melayu dan partinya ialah UMNO.
ReplyDeleteBukan berselindung, tapi kalau nak mengusik pemimpin kesayangan ni kene berkias, baru namanya beradab.. haha.. Tuh hebatnya bahasa dan sastera..
ReplyDelete