09 November 2010

Lihat Bagaimana Racun Umno Ini Cuba hancurkan PKR

Anwar, Azmin punca segala masalah PKR, kata Zaid

Datuk Zaid Ibrahim hari ini terus membidas kepimpinan PKR dengan mencadangkan ketua umum parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan naib presidennya, Azmin Ali supaya berundur.

"Anwar dan Azmin mesti berundur kerana mereka punca segala masalah (dalam PKR),” kata Zaid.

Apabila diminta wartawan mengulas lanjut kenyataannya, Zaid berkata Azmin perlu menarik diri daripada pemilihan jawatan timbalan presiden PKR yang sedang berlangsung manakala Anwar pula harus berundur dari kepimpinan parti.

"Saya berpendapat Anwar mempunyai banyak sangat isu peribadi dan Azmin juga mempunyai banyak isu. (Azmin) perlu banyak lagi belajar,” katanya.Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata, perubahan kepimpinan parti perlu dilakukan jika PKR mahu kekal relevan dalam politik negara.

6 comments:

  1. Adakah dia ini seorang 'Shinobi'?

    ReplyDelete
  2. Bro.., Menyuruh anwar meninggalkan PKR lagi berat tuh..

    ReplyDelete
  3. betul2 perosak rakyat zaid ni...
    sekarang kita tau da ejen2 umnoapco da mula merosakkan PKR...
    PETANDA BESAR PRU13
    anak muda reformis sabah 1998

    ReplyDelete
  4. racun tu sebenarnya yang kita tak nampak.....

    ReplyDelete
  5. zaid... zaid... taubat nasuha la...
    kecian tengok zaid ni...
    zaid undur cr baik la...
    jgn nak dicop ejen umnoapco
    gua kecewa ngan ko zaid...
    mati sebelum ajal...

    penyokong zaid yang kecewa
    sabah

    ReplyDelete

Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.

JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!