21 November 2010

Kantoi - Pro-ISA Takut Bila Dijemput Berhujah

Kira-kira 50 Pemuda Umno Pulau Pinang dan orang ramai berkumpul sekitar kompleks Komtar sebagai 'membalas' forum yang membincangkan akta ISA.

Forum itu yang dinamakan'Alat Politik untuk Penindasan' melibatkan pelancaran buku bekas jawatankuasa pusat GERAKAN Toh Kin Woon berjudul Fifty Years Under the ISA (50 tahun bawah ISA).

penang attack on anti isa forum 211110 umno youth violencePeserta perhimpunan 'pro-ISA' - dipimpin ketua Pemuda Umno negeri Norman Dhalan dan Naib Presiden Persatuan Peniaga Komtar Abdul Ghani Mohammad Jiman - menjeritkan slogan "Hidup ISA!", "Halau pengkhianat!" dan "Hanya pencuri dan penyanggak takut ISA".

Mereka berjaya sampai ke depan pentas di mana pemforum dijadual bercakap.

Bagaimanapun, ketika penganjur menjemput mereka turut berhujah, pelawaan itu ditolak.|

Bagaimanapun, ketika itu, sebahagian daripada mereka terus melaungkan "Kekalkan ISA"dan "Yes to ISA! (Ya kepada ISA!)."

1 comment:

  1. Kahkahkah.. Orang nak protes depa pon nak protes.. Sampai tak ketahuan punca apa yang nak diproteskan.. Bila diajak naik pentas berhujah, teloq teruih tersentap masuk dalam perut.. Memang tak dak teloq Pemuda Umno Tanjung.. Buat malu kaum saja..

    ReplyDelete

Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.

JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!