08 November 2010

Celaru Sungguh PKR Nie..

Seorang lagi calon timbalan presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub masih mempertimbangkan sama ada untuk menarik diri jika parti itu gagal menagani dakwaan “kelemahan dan penyelewengan” dalam pemilihan langsung PKR.

"Saya tidak tolak kemungkinan menarik diri. Ia bergantung kepada jawapan terhadap memo saya berhubung rungutan akar umbi yang melihat sendiri kelemahan dan penyelewengan dalam pemilihan parti,” katanya kepada Malaysiakini ketika dihubungi hari ini.

Mustaffa juga mengulangi gesaannya supaya PKR menangguhkan proses pemilihan sehingga segala kepincangan dan kelemahan di atasi.


Katanya, beliau akan menyerahkan memo kepada presiden parti, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) Dr Molly Chia memberikan butiran teroperinci seperti tarikh dan bentuk 'kepincangan' itu.

3 comments:

  1. Tengok dan perhati baik- baik Anwar!, jarum beracun UMNO benar-benar menyerap ke dalam tubuh badan PKR.
    Kemungkinan PKR pengsan termakan racun sebelum berjuang adalah cerah, hanya dalam masa setahun racun ditabur, daun PKR dah mula kuning, jika tidak dibendung akar PKR akan turut buruk. Kesilapan paling besar yang dilakukan oleh pemimpin PKR adalah "suka membawa racun ke dalam rumah".
    Racun-racun ini kebanyakannya racun yang diimpot dari parti musuh UMNO.

    ReplyDelete
  2. ADAKAH MUSTAFFA & ZAID MEMANG EJEN UMNOAPCO BN ?
    BINGUNG???
    KENAPA YE PAK?

    ReplyDelete
  3. Awas PKR... ramai lagi racun akan dibawa masuk selagi PKR tidak hancur.. Zaid yg mempunyai firma guaman terbesar di Malaysia tak nampak pun cuba membantu Anwar dalam kes liwat.

    ReplyDelete

Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.

JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!