Jelas beliau cadangan itu jelas memperlihatkan pemimpin pembangkang cuba menutup kebenaran dan menegakkan kebatilan.
“Daripada cadangan gugurkan kes liwat lebih baik pemimpin pembangkang cadangkan agar Anwar bersumpah muhabalah seperti yang dilakukan Saiful Azlan”, katanya.
Beliau berkata demikian sebagai membidas gesaan pemimpin Pas, Datuk Kamarudin Jaffar yang mencadangkan dakwaan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim digugurkan demi memulihkan semula persepsi pelabur asing pada prospek ekonomi negara.
Sambil tertawa kecil beliau seterusnya menegaskan kerja-kerja meliwat tidak ada kaitan dengan keadaan ekonomi negara yang kini telah pulih.
“Masalah meliwat adalah masalah peribadi….biarlah mahkamah tentukan. Sebagai pemimpin yang kononnya berjuang untuk Islam sepatutnya beliau perlu pertahankan kebenaran dan keadilan.
”Tapi kalau dia terus nak pamirkan kejahilan itu silakan supaya senang rakyat tolak pemimpin ini pada pilihanraya akan datang”, ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.
JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!