Ahli Parlimen Gua Musang itu yang pulang ke tanah air kira-kira 7.30 pagi tadi memberitahu wartawan bahawa beliau tidak mahu mengulas apa-apa mengenai calon sebelum mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
“Sebenarnya, saya tidak ada apa-apa yang hendak diperkatakan pagi ini kerana masih belum mesyuarat.
“Saya cuma nak maklumkan telah menerima tawaran pengarah pilihan raya DUN Galas.
“Mengenai calon yang belum buat apa-apa keputusan lagi, mesyuarat pun belum lagi, Perdana Menteri pun saya belum jumpa,” katanya ketika sidang media di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di sini.
Sejurus tiba di lapangan terbang, beliau mengadakan pertemuan dengan Pengerusi Umno Kelantan Datuk Seri Mustapha Mohamed dan Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan.
Salam buat pemilik blog ini..mohon tumpang promosi..
ReplyDeleteDengan modal RM 287.00, miliki 41,800 Dinar Iraq - anda akan menebus kerugian lama anda yang bernilai RM 146,300.00 (Satu Ratus Empat Puluh Ribu..) !!
Sila layari http://jutawan-dinariraq.blogspot.com/