17 October 2010

Dedikasi Buat Puteri Refomasi - Bangkitnya Kerana Dikhianati

PERINGATAN Untuk Ahli PKR: Bangkitnya kerna dikhianati

`


Nurul Izzah Anwar adalah calon Naib Presiden
yang paling wajar diberi sokongan padu. ~ Kerajaan Rakyat

Zaman gadisnya, dicelupari
Zaman remajanya, dikhianati

Semasa gadis sebaya bebas ke sana sini
Semasa remaja seusia ria bersama keluarga

Kebebasannya direntap oleh pendusta
Kebahagiaannya diragut oleh penguasa

Senyumnya manis, hatinya bergelora
Tuturnya sopan, semangatnya membara

Dia faham erti kesengsaraan
Kerna kesengsaraan adalah dia
Dia mengerti maksud penderitaan
Kerna penderitaan adalah dia

Dengan semangat membara
Dengan hati bergelora

Bangkitnya menghapus sengsara
Perjuangannya penebus derita
Bukan untuk dirinya
Bukan juga untuk Papanya

Perjuangannya untuk rakyat jelata
Perjuangannya untuk Nusa dan Bangsa
Perjuangannya untuk Agama tercinta

Tajam tintanya bukan untuk Anwar
Petah tuturnya bukan untuk Papa

Langkah juangnya demi Rakyat demi Nusa
Pantas tindaknya demi Agama demi Bangsa

Semangat juang disusurnya langsung
Perjuangannya kami turut menyongsong


Salaam Perjuangan
Kerajaan Rakyat


Nota: Nurul Izzah Anwar adalah calon Naib Presiden yang paling wajar diberi sokongan padu.

Kredit - Kerajaan Rakyat

2 comments:

  1. ini semua politik kerna papa la
    org papa yg naikkan dia
    dia masih mentah
    org pkr tak perlu latah lebih2 la
    ini politik keluarga
    tu pun korang x sedar ke
    balik umah pikir balik
    aku org pas pun x gemar politik keluarga mcm ni
    sedar2 lah sikit
    orang dah meluat la..

    ReplyDelete
  2. Anon.. Bodoh la ko ni.. Tun Razak PM Malaysia.. Najib tu sapa dgn Tun Razak?? Tun Hussain Onn pun bekas PM.. Hishammuddin tu sapa dengan Tun Hussain.. Tun Razak dng Tun Hussain plak apa hubungan??? Abis Najib dng Hishamuddin tu pulak apa hubungan depa???? Orang bodoh macam ko toksah lah nak menyamar ngaku penyokokng Pas.. Org Pas tak bodoh mcam ko.. Penyokong umno saja yang bodoh tahap gitu.. hehehe...

    ReplyDelete

Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.

JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!