22 October 2010

Calon PAS Dituduh Khalwat Adalah Fitnah Umno

Tidak sampai 24 selepas diumumkan bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Galas, calon PAS Dr Zulkefli Mohamad menjadi sasaran media rasmi Umno - Umno Online - yang melaporkan dakwaan bahawa beliau pernah ditangkap berkhalwat.

Media rasmi Umno yang memetik laporan beberapa blog mendakwa Dr Zulkefli pernahd ditangkap khalwat dengan isterinya sekarang, Ramelah Mat Jusoh.

Dalam reaksinya terhadap laporan itu, Dr Zulkefli yang juga pemangku yang dipertua PAS Gua Musang menafikan perkara itu.

Malah, katanya, Ramelah yang dilaporkan itu adalah merupakan ibunya.

"Fitnah semata-mata, boleh buat semakan di mana-mana pejabat agama di Kelantan dan seluruh Malaysia," katanya dalam jawapannya melalui SMS kepada Malaysiakini.

6 comments:

  1. najib pernah ditangkap khalwat dengan artis kenapa tidak dibawa ke muka pengadilan?

    ReplyDelete
  2. Dah tak ada modal lagi ler tu Umnogok nih..

    ReplyDelete
  3. um-no
    terdesak....

    ReplyDelete
  4. Cerita pembangunan dah tak laku, reka cerita fitnah pula, kerana orang melayu suka dengar cerita cerita yg negatif?

    ReplyDelete
  5. Kesian kat umno yer....kerana takut hilang kuasa kepada PR mereka sekarang guna kaedah "buka kain orang dan cerita pasal "barang" orang.

    Cara politik jijik.

    ReplyDelete

Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.

JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!