12 September 2010

GEMPAR - Lelaki Lempar Kasut Ke Arah Perdana Menteri

Seorang lelaki melempar sebelah kasut ke arah Perdana Menteri Greece, George Papandreou semalam ketika protes terhadap kerajaan memuncak ekoran cadangan pemotong perbelanjaan dan menaikkan cukai.

Kasut itu bagaimana pun tidak mengenai sasaran dan lelaki terbabit telah ditahan dengan diiringi dua pengawal, lapor radio.

Beribu-ribu penunjuk perasaan yang marah berkumpul di utara bandar Thessaloniki di mana Papandreou menghadiri pembukaan satu pameran antarabangsa.

Mereka tidak berpuas hati dengan pakej berjimat-cermat kerajaan yang disasarkan untuk menyelamatkan ekonomi Greece yang sedang merudum yang diperkenalkan oleh Papandreou.

Langkah tersebut diperkenalkan untuk mengurangkan defisit bajet dari 14 peratus daripada pertumbuhan produk tempatan kepada di bawah tiga peratus pada 2014, seperti mana ditetapkan oleh Kesatuan Eropah (EU) - DPA

No comments:

Post a Comment

Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.

JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!