"Apa isu sebenar di sini? Apa yang kecoh? Jika beliau sendiri tidak menjelaskan mengenai (konsep) Bangsa Malaysia bila beliau (Dr Mahathir) menjadi perdana menteri, mengapa sekarang Dr Mahathir mahu kerajaan menjelaskan 1 Malaysia?
"Malah kita sendiri tidak faham apa itu Bangsa Malaysia, tujuan konsep itu," kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri ini.
Nazri (gambar) memberitahu The Malaysian Insider bahawa Dr Mahathir tidak harus menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana beliau sendiri telah gagal untuk menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan Bangsa Malaysia ketika menerajui kepimpinan kerajaan.
Dr Mahathir melepaskan jawatan perdana menteri pada Oktober 2003.
"Jadi perkara yang sama (wujud) ektika Tun Dr Mahathir, di bawah Wawasan 2020, beliau memperkenalkan Bangsa Malaysia, tapi beliau sendiri tidak pernah menjelaskan konsep Bangsa Malaysia," katanya.
Baca di sini
Rakyat pun tak kisah sangat dengan konsep 1 Malaysia ni.Tak siapa nak tau apa itu konsep 1 Malaysia.Buatlah macam-macam slogan apa pun,rakyat Malaysia dah tak percaya pada UMNO/BN.Janganlah bazirkan wang rakyat.
ReplyDeleteMahathir Kutty ni nak apa lagi?Orang yang dah nyanyok ni,kalau dilayan,kita akan sama jadi nyanyok.Mamak jenis ni,orang dah kenal sangat.22 tahun dia jadi PM sudah cukuplah.