KDN panggil Suara Perkasa berhubung edisi sulung
Kementerian Dalam Negeri memanggil pengurusan Suara Perkasa bagi mendapatkan penjelasan berhubung kandungan sulung akhbar terbitan Perkasa, yang muka depannya menggesa agar Ketua Pemuda MCA Datuk Dr Wee Ka Siong ditahan di bawah ISA.
The Malaysian Insider dimaklumkan ketua pengarang Suara Perkasa telah dipanggil menghadap Kementerian Dalam Negeri pukul 5 petang ini.
“Ya, Kementerian Dalam Negeri ada memanggil ketua pengarang Suara Perkasa hari ini.. pertemuan sedang berlangsung, mereka jumpa Ketua Setiausaha kementerian,” kata sumber kepada The Malaysian Insider sebentar tadi.
Perkasa menerbitkan edisi pertama Suara Perkasa semalam.
No comments:
Post a Comment
Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.
JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!