12 May 2010

Rasuah - MB Khalid Arah Manikavasagam Buat Laporan Polis

Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam hari ini menyerahkan beberapa dokumen yang mengandungi bukti dakwaan rasuah kakitangan anak syarikat kerajaan negeri, Kumpulan Semesta Sendirian Berhad.

Beliau berpuas hati apabila Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang memberi jaminan kerajaan negeri akan menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat dakwaan itu.

Turut sama dalam perjumpaan ini ialah Setiausaha Politik Menteri Besar, Nik Nazmi Nik Ahmad.

"Dalam perjumpaan tadi, Menteri Besar suruh saya segera buat laporan polis selepas tengok dokumen dan senarai nama yang terlibat dengan dakwaan rasuah ini.

"Beliau suruh saya buat laporan polis. Biar polis siasat. Dan beliau sendiri akan tubuhkan sebuah badan untuk sisasat kes ini.

"Semua fail- fail, saya sudah beri pada Menteri Besar. Menteri Besar bagi pada Setiausaha Politiknya,Nik Nazmi Nik Ahmad. Banyak lagi dokumen yang saya akan bagi pada Menteri Besar," katanya.

No comments:

Post a Comment

Anda Bebas Menulis Apa Sahaja Komen, Tetapi Atas Tanggungjawab Anda Sendiri. Bloglist Malaysia Tidak Akan Bertanggungjawab Di Atas Komen Yang Menyalahi Undang-Undang Malaysia.

JADI.., BERANI BUAT BERANI TANGGUNG!